Berita

Hari Wesak: Tiada perarakan kenderaan berhias

PERARAKAN kenderaan berhias tidak dibenarkan selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan jangkitan COVID-19. Foto oleh - HelloTravel
- Diterbit 24 Mei 2021 4:00 PM MYT

PENGANUT tidak dibenarkan mengunjungi kuil Buddha sempena Hari Wesak, Rabu ini, selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan jangkitan COVID-19.

Bagaimanapun, hanya ketua agama (sami) dan 10 ahli jawatankuasa kerja pengurusan kuil dibenarkan hadir di kuil untuk upacara keagamaan pada hari berkenaan, menurut prosedur operasi standard (SOP) bagi sambutan Hari Wesak yang diluluskan Jumaat lalu.

“Waktu operasi rumah ibadat yang dibenarkan pada hari berkenaan adalah satu sesi sahaja antara jam 6 pagi hingga 2 petang dan perarakan kenderaan berhias tidak dibenarkan,” menurut Kementerian Perpaduan Negara dalam kenyataan hari ini.

Kementerian itu memaklumkan Pegawai Perpaduan yang dilantik sebagai Pegawai Pemantau di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) akan melakukan pemantauan SOP yang telah ditetapkan.  – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas