Berita

Hari Natal: Jabatan Penjara batal sesi perjumpaan keluarga banduan

- Diterbit 23 Disember 2020 4:15 AM MYT

JABATAN Penjara membatalkan sesi perjumpaan keluarga bersama penghuni penjara secara fizikal di seluruh institusi penjara sempena Hari Natal.

Jabatan Penjara dalam satu kenyataan ringkas memaklumkan sesi perjumpaan berkenaan digantikan dengan menggunakan aplikasi Skype dan juga perkhidmatan telefon prabayar yang telah disediakan di seluruh institusi penjara.

Kenyataan itu memberitahu langkah tersebut bagi mencegah penularan wabak COVID-19 ke dalam institusi penjara. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas