Berita

Harga runcit RON95, RON97, diesel kekal

Kredit foto: WilayahKu
- Diterbit 10 Januari 2024 6:07 PM MYT

KEMENTERIAN Kewangan (MOF) memaklumkan kesemua harga runcit minyak petrol RON95 dan RON97 kekal pada paras RM2.05 serta RM3.47 seliter bagi tempoh 11 hingga 17 Januari depan.

Menurut kenyataan tersebut, harga runcit bagi diesel turut menunjukkan trend sama apabila kekal ditawarkan pada paras RM2.15 seliter.

Tambahnya, penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya hari ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas