HARGA petrol RON97 naik 3 sen seliter bermula tengah malam ini.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, harga RON97 naik daripada RM3.22 kepada RM3.25 seliter manakala RON95 kekal RM2.05 dan diesel di Semenanjung juga kekal RM2.95.
Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan pula kekal RM2.15 seliter.
Kadar baru itu berkuat kuasa 26 Disember 2024 hingga 1 Januari 2025 ini.
“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – WILAYAHKU