Berita

Harga RON97, diesel turun 3 sen

- Diterbit 14 Mei 2025 8:30 PM MYT

SEIRING dengan perubahan harga pasaran minyak dunia, kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 3 sen kepada masing-masing RM3.07 seliter dan RM2.77 seliter.

Kementerian Kewangan memaklumkan, penurunan tersebut adalah bagi tempoh 15 Mei 2025 hingga 21 Mei 2025.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga.

“Ia berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism,” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter dan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras
RM2.15 seliter.

“Kerajaan akan terus mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas