HARGA runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Kementerian Kewangan dalam kenyataan memaklumkan bahawa harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia juga kekal pada paras RM2.95 seliter, manakala harga runcit diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan tidak berubah, iaitu RM2.15 seliter bagi tempoh yang sama
Kementerian itu berkata berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula ‘Automatic Pricing Mechanism’.
Katanya kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – WILAYAHKU