Berita

Harga RON 97 naik 3 sen

HARGA tersebut adalah bagi tempoh 19 sehingga 25 Disember ini.
- Diterbit 18 Disember 2024 6:44 PM MYT

HARGA runcit bagi petrol RON97 naik sebanyak tiga sen seliter daripada RM3.19 kepada RM3.22 seliter bagi tempoh 19 hingga 25 Disember 2024.

Kementerian Kewangan (MOF) berkata harga runcit petrol RON 95 kekal pada paras RM2.05 seliter.

“Manakala harga harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada paras RM2.95 seliter dan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter dalam tempoh yang sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MOF berkata penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan adalah menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas