Berita

Hanya 13 individu dewasa di tahan di bawah POTA

- Diterbit 13 Disember 2024 11:34 AM MYT

SEJAK tahun 2018 sehingga September 2024, sejumlah 13 individu dewasa (18 tahun ke atas) telah ditangkap di bawah Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) dan dikenakan Perintah Tahanan.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan, prosedur perundangan di bawah POTA 2015 melibatkan suatu Perintah Tahanan atau Sekatan yang diberikan oleh Lembaga Pencegahan Keganasan.

“Pada tahun 2018, enam individu terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita telah ditahan.

“Tiga daripadanya adalah warganegara dan tiga lagi bukan warganegara Malaysia,” katanya dalam jawapan lisan di parlimen semalam.

KDN memberitahu, pada tahun 2019 pula, tiga lagi individu telah ditangkap yang terdiri dari dua orang lelaki dan seorang wanita.

“Dua daripada mereka adalah warganegara, dan seorang bukan warganegara. Manakala, tangkapan pada tahun 2021, melibatkan seorang wanita rakyat Malaysia,” katanya.

Ujarnya, bagi tahun 2022 pula, tangkapan hanya merekodkan seorang orang warganegara lelaki dan tangkapan terakhir di bawah POTA berlaku pada tahun 2023, melibatkan seorang lelaki dan seorang wanita, kedua-duanya warganegara, yang telah dikenakan Perintah Tahanan.

“Bagi tahun 2024, sehingga 30 September, tiada individu yang sedang berada dalam Perintah Tahanan POTA 2015,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas