Selebriti

Hanis Zalikha terima kontrak USD 1 juta

HANIS Zalikha bersama Pengarah Urusan Innersejuk, Azrul Izzam (Kanan) dan isteri (tengah).
- Diterbit 14 April 2022 3:41 PM MYT

KALAU sudah rezeki tidak ke mana kan? Begitulah rezeki selebriti Hanis Zalikha yang telah dilantik sebagai duta bagi jenama pakaian Muslimah, Innersejuk dengan potensi kontrak bernilai USD 1 juta atau RM4.2 juta.

Menurut Pengarah Urusan Innersejuk, Azrul Izzam, pemilihan Hanis sebagai duta sangat menepati kriteria untuk diangkat sebagai duta.

“Innersejuk memperjuangkan idea seorang wanita yang kuat dan memperkasakan wanita. Hanis merupakan seorang usahawan yang berjaya dan juga merupakan seorang ibu dan isteri.

“Pada masa yang sama dia berjaya untuk menggalas segala tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi dan elegan.

“Kami rasa dia memenuhi nilai jenama kami,” katanya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan Hanis sebagai duta, baru-baru ini.

HANIS Zalikha bersama Pengarah Urusan Innersejuk, Azrul Izzam (Kanan) dan isteri (tengah).

Ditanya tentang jumlah kontrak yang ditawarkan begitu tinggi nilainya, kata Azrul tujuan utama mereka adalah untuk memasarkan Innersejuk di luar negara dan menampilkan Hanis sebagai pempengaruh Muslimah yang bertaraf dunia.

Sementara itu, Hanis pula akui ia adalah tawaran paling lumayan pernah diterima selama bergelar selebriti.

“Kenapa saya terima untuk menjadi duta kepada Innersejuk bukan terletak kepada nilai kontrak itu semata-mata.

“Saya berbesar hati nak pegang amanah ini dan bawa visi jenama ini kerana nilai yang mereka letakkan kepada diri saya.

“Jika sebelum ini saya dilantik menjadi duta jenama lain atas kapasiti seorang selebriti, tetapi Innersejuk mereka mahukan sumbangan saya dari segi idea, visi dan apa sahaja yang saya boleh berikan.

“Sewaktu mereka mengambil saya, mereka sedar semua ‘role’ dalam kehidupan saya, maksudnya jenama-jenama yang pernah saya kerjasama.

“Mereka mahukan komitmen itu, mereka nampak dan mereka tahu apa yang mereka nak dan apa yang saya boleh tawarkan dan perkara itu jelas apabila mereka buka nilai kontrak,” katanya.

HANIS Zalikha kini duta pakaian muslimah Innersejuk.

Buat pertama kalinya Hanis Zalikha akan turut serta dalam kempen Innersejuk, menonjolkan koleksi Telekung Suqainah yang terbaru.

Dalam kempen tersebut, Hanis Zalika memperagakan Telekung Suqainah Signature dan Telekung Suqainah Luxe. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas