Biz

Hadkan tempahan demi kualiti

- Diterbit 10 November 2023 1:55 AM MYT

Oleh HAZIRAH HALIM
Foto oleh SYUQQREE DAIN

BAGI menjaga kualiti dan kekemasan produknya, Ezzaty menghadkan bilangan tempahan sekurang-kurangnya 10 buah kuntum bunga sahaja dalam tempoh seminggu.

Malah dia juga meminta pelanggan untuk membuat tempahan lebih awal sekurang-kurangnya 14 hingga 30 hari sebelum tarikh siap.

“Kebiasaannya, kalau saya ingin mengambil tempahan untuk bulan November, saya akan beritahu pelanggan dari bulan Oktober, ini bagi mengelakkan tempahan bertindih.

“Kalau ada pelanggan yang membuat tempahan saat akhir, saya akan tolak untuk jaga kualiti tetapi jika mereka hendak juga, saya akan terima dan kenakan caj lebih,” katanya.

Dalam pada itu, Ezzaty berharap perniagaannya mendapat perhatian ramai dan berhasrat untuk membuka bengkel atau kelas krusye secara berkala di kafe bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk mempelajari seni kait berkenaan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas