Fokus

Grafiti menghapus stigma vandalisme

|||||||
- Diterbit 21 Julai 2023 12:00 PM MYT

GRAFITI yang merupakan salah satu elemen dalam budaya hip-hop seketika dahulu pernah terpalit dengan stigma negatif seperti vandalisme dan gangsterisme.

Contengan pada tembok batu ini pada awal kewujudannya menjadi satu penanda ‘penaklukan’ sesebuah kawasan oleh kumpulan-kumpulan gangster di barat.

Grafiti juga menjadi cabang satu lemparan ekspresi oleh sesetengah golongan bagi meluahkan apa yang tersirat di fikiran mereka kepada sesetengah pihak seperti kumpulan rival atau pemerintah.

Namun seiring dengan peredaran zaman, grafiti beranjak menjadi satu seni jalanan yang positif. Hari ini semakin ramai pelukis grafiti tampil menyumbangkan bakat mereka untuk mengindahkan sesuatu kawasan dengan visual yang unik dan mempesona. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas