
GEMPA bumi yang melanda Laut Banda.
Gempa bumi kuat gegar Laut Banda
SATU kejadian gempa bumi kuat dilaporkan telah berlaku di Laut Banda pada pukul 12.52 tengah hari tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), dalam satu kenyataan berkata gempa bumi bermagnitud 7.1 skala Richter itu berlaku di 6.4 darjah Selatan dan 129.7 darjah Timur.
“Pusat gempa tersebut terletak di 346 kilometer (km) Tenggara dari Ambon, Indonesia dengan kedalaman 10 km.
“Bagaimanapun, susulan kejadian gempa itu tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” katanya hari ini. – WILAYAHKU.