PENGACARA dan penyanyi yang semakin meningkat naik namanya, Kelly Azman meluahkan rasa syukur apabila tawaran menjadi hos program tidak pernah putus.
Terbaru, Kelly bakal terlibat dalam Konsert Wali ‘Cari Jodoh’ dan Dawai In Penang yang akan berlangsung pada 3 Februari ini di Spice Arena, Pulau Pinang.
Menurut juri program All Together Now Malaysia ini, menjadi sebahagian dari konsert penyanyi popular Indonesia itu merupakan satu penghormatan buat dirinya.
“Sudah menjadi rezeki saya. Saya tahu, ramai lagi hos atau pengacara lain yang ada, tapi saya percaya rezeki tak pernah salah alamat. Terima kasih pihak penganjur Orange International kerana mempercayai bakat saya.
“Bekerjasama dengan kumpulan Wali dan Fadhilah Intan yang popular dengan lagi Dawai, ia sebenarnya satu penghormatan buat saya. Bukan mudah nak dapat peluang ini,” katanya.
Kelly juga menyifatkan rezeki yang datang sebagai satu hikmah apabila dirinya dikaitkan in
“Iyalah, sebelum ini banyak dugaan yang saya lalui seperti ada yang mengaitkan saya dengan video seks yang tersebar dan sebagainya. Hikmah di sebalik ujian itu, murah rezeki saya.
“Dalam masa yang sama, tidaklah saya marah atau berdendam kepada orang yang buat firnah tu. Bagi saya tiada manusia yang sempurna termasuklah saya.
“Perkara lepas yang berlaku, biarkan berlalu. Saya mahu buka baharu. Alhamdulillah, saya kira program bersama artis-artis Indonesia ini satu permulaan yang baik sempena tahun 2024.
“insya-Allah, saya juga akan terlibat dalam Konsert berskala besar di Indonesia dan Singapura. Buat masa ini, Masih terlalu awal untuk saya beritahu. Tunggu ya,” katanya.
Bukan sahaja di Malaysia, Kelly Azman juga bakal terlibat dalam beberapa konsert berskala besar di Singapura dan Indonesia pada tahun ini.
Pelantun lagu No No No ini turut berterima kasih kepada penganjur konsert Orange International yang mempercayai bakat ya sebagai pengacara.
Terlebih dahulu Kelly Azman telah pun menjayakan beberapa acara besar seperti StarVendor Foodstival, Mega Raya dan Konsert Malam Galau di Singapura serta banyak lagi.
Selain Kelly, Konsert Wali “Cari Jodoh” & “Dawai” In Penang’ turut menampilkan penyanyi lagu Dawai iaitu Fadhilah Intan, Saixse dan Khai Bahar
Tiket-tiket konsert terdapat dalam beberapa kategori seperti Rock Zone (RM88), Silver (RM99), Gold (RM129), VIP (RM159) dan VVIP (RM259) dan pembelian boleh dilakukan secara atas talian di laman web www.ticket2u.com.my/walipenang atau di talian hotline +6011-1133 7638. – WILAYAHKU