Berita

FARAH NABILAH Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

FARAH Nabilah bersama suaminya, Amirul Yunus
- Diterbit 22 Oktober 2020 10:35 PM MYT

PELAKON Farah Nabilah selamat melahirkan bayi sulungnya semalam di sebuah pusat perubatan di Ampang, Selangor.

Menerusi instagramnya, Farah yang menimang bayi lelaki ini belum bersedia untuk berkongsi nama dan wajah anaknya. 

“Assalamualaikum semua. Syukur Alhamdulillah Fawaa telah selamat melahirkan bayi lelaki sulung yang sihat pada pagi tadi, 22 Oktober 2020, 5 Rabiulawal 1442. 

“Fawaa akan kongsikan nama and wajahnya bila tiba masanya ya,” tulis Farah atau lebih mesra dipanggil Fawaa.

Pemilik nama sebenar Farah Nabilah Saipuddin, 28, ini juga mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakannya.

“Terima kasih atas doa yang dititip untuk kami bertiga selama ini. Semoga Allah merahmati kita semua dengan kegembiraan terutamanya dalam keadaan macam ni. Be safe semua,” tulisnya lagi yang turut memuat naik video gelap kosong. 

Farah juga menerima banyak ucapan tahniah daripada peminat dan rakan-rakan artis.

Antara artis yang turut meninggalkan komen ialah Mira Filzah, Scha Elinnea, Syanie, Tasha Shilla, Jay Nazif, Diana Rafar, Adeline Tsen, Sherry Ibrahim, Jasmine Suraya dan ramai lagi.

Farah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Mohammed Amirul Yunus, 29 pada 20 Disember 2019. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas