Berita

Fahmi ulas deejay radio perli ucapan Anwar

- Diterbit 11 September 2024 6:12 PM MYT

MENTERI Komunikasi, Fahmi Fadzil menyerahkan kepada syarikat Media Prima untuk menentukan tindakan penyampai radio Hot FM yang mempersenda dengan meniru gaya ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau enggan mengulas lanjut perkara itu ketika ditanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet di Kementerian Komunikasi hari ini.

“Ini (isu ini) boleh rujuk dengan Media Prima, ia bukan agensi saya,” katanya ringkas selepas ditanya pemberita.

Sebelum ini, tiga penyampai radio Hot FM iaitu Khairy Jamaluddin, Fara Fauzana dan Johan Raja Lawak mendapat kecaman dan kritikan selepas mereka dikatakan memerli gaya ucapan Anwar

Pengguna media sosial menganggap tindakan penyampai radio itu dikira tidak wajar dilakukan sebagai seseorang yang menjadi ikutan masyarakat.

Sebagai rekod, Khairy pada segmen Bekpes Hot Isnin lalu mengajuk ungkapan Anwar dengan berkata: “Hari ini saya menang… esok, kita makan ramai-ramai. ” – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas