Berita

Fahmi selar tindakan ugut Teresa

- Diterbit 19 Mei 2024 11:15 PM MYT

MENTERI Komunikasi, Fahmi Fadzil menyifatkan ancaman surat berisi dua butir peluru yang mengugut Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim merupakan tindakan yang cukup memalukan.

Fahmi yang juga merupakan jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, perkara seperti itu tidak harus diperlakukan kepada mana-mana ahli Parlimen yang telah dipilih oleh rakyat.

“Mereka ada hak untuk bersuara dan apa yang saya sebut ini terpakai kepada semua sama ada ahli Parlimen di pihak kerajaan atau pembangkang.

“Jangan diugut ahli Parlimen kerana mereka adalah suara rakyat jadi saya kecam tindakan ini dan ia adalah satu tindakan yang cukup memalukan.

“Saya difahamkan beliau telah membuat laporan polis. Kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk lakukan siasatan,” ujar beliau pada sidang media selepas Program Ekspresi Bulan Kebangsaan 2024 yang diadakan di Stesen Sentral Kuala Lumpur hari ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas