Berita

EU sertai masyarakat dunia gesa hentikan segera perang di Gaza

FILE PHOTO: European flags fly outside the European Commission headquarters in Brussels, Belgium September 20, 2023. REUTERS/Yves Herman/File Photo
- Diterbit 13 November 2023 7:49 AM MYT

KESATUAN Eropah (EU) pada Ahad menyertai masyarakat dunia mendesak supaya dihentikan serta merta perang dan segera membentuk koridor bantuan kemanusiaan di Gaza.

“EU amat bimbang mengenai krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Gaza,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan blok itu.

Kesatuan itu turut menyeru agar akses bantuan kemanusiaan tidak disekat dan menyediakan laluan yang selamat bagi membolehkan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang memerlukan.

Berhubung serangan terhadap hospital di Gaza, EU menekankan bahawa undang-undang kemanusiaan antarabangsa menetapkan bahawa hospital, bekalan perubatan dan orang awam di dalam hospital mesti dilindungi.”

Bekalan perubatan yang paling mendesak harus dihantar ke hospital manakala pesakit yang memerlukan rawatan perubatan segera perlu dipindahkan dengan selamat.

“Dalam konteks ini, kami menyeru Israel untuk hentikan sebarang serangan demi memastikan keselamatan orang awam,” kata blok itu. – BERNAMA-ANADOLU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas