TEKA-teki terjawab apabila 10 lagu terbaik di Semi Final Muzik Muzik (SFMM39) telah diumumkan untuk bersaing di pentas Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39).
10 lagu yang tersenarai ke AJL39 benar-benar berkualiti dan layak ke anugerah berprestij itu adalah seperti berikut.
.
1. Diam- Hael
2. Puas Sudah -Aina Abdul
3. Hening Rindu- Marsha
4. Aura – Ernie
5. Terus Bersinar – Hafiz Suip
6. Pujaanku – Masdo ft Aishah Aziz
7. Risiko- Benzoloo, Tuju & MK K-Clique
8. Sengaja – Amir Masdi
9. Saksama- Akim & The Majistret
10. Bukan Lagi Kita – Nadeera
Dalam pada itu, ramai yang meramalkan Ernie Zakri, Aina Abdul dan Marsha bakal berentap untuk dinobatkan Vokal Terbaik AJL 39.
Untuk makluman pada hari pertama SFMM39 menyaksikan 17 lagu bertanding manakala 13 lagi lagu pada hari kedua.
Dihoskan oleh Izzue Islam dan Fiza Frizzy, SFMM39 disiarkan secara langsung di TV3 jam 9 malam dan juga distrim secara HD di www.tonton.com.my.
SFMM39 membariskan juri profesional iaitu Datuk Mokhzani Ismail, Efry Arwis, LY Baiduri, Helen Yap, dan Ad Samad yang diketuai Edry Abdul Halim. – WILAYAHKU