TULAR dalam media sosial apabila
beregu lelaki badminton lelaki negara, Nur Izzuddin menarik perhatian ramai ketika majlis penyampaian pingat kejohanan Badminton Terbuka India 2025 (India Open 2025), baru-baru ini.
Menerusi video dalam sosial itu, Izzuddin nama lengkap Izzuddin Rumsani, 27, dilihat tidak bersalaman dengan penyampai hadiah yang juga seorang Wanita. Malah, Izzuddin juga berpakaian menutup aurat sepanjang acara itu berlangsung.
Izzuddin atau juga dikenali sebagai Din Masjid sebaliknya hanya meletakkan tangan di dada sebagai tanda hormat.
Anak kelahiran Johor ini dipuji netizen kerana membawa imej Islam dengan baik.
“Alhamdulillah dia faham agama, se. Kga kejayaan sentiasa mengiringinya dunia akhirat,” komen seorang netizen.
“Alhamdulillah moga anda terus cemerlang Din Masjid,” tulis seorang pengguna Instagram.
Terdahulu, Izzuddin dan pasangan regunya, Goh Sze Fei-Nur berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Badminton Terbuka India sekali gus membanggakan Malaysia.
Pada aksi final di New Delhi, Sze Fei-Nur Izzuddin berjaya menundukkan pasangan Korea Selatan Kim Won Ho-Seo Seung Jae, 21-15, 13-21, 21-16.
Hasil kemenangan tersebut, pasangan beregu nombor satu negara itu membawa pulang hadiah bernilai US$70,300 (kira-kira RM316,631). – WILAYAHKU