Berita

“Duit nak, belajar tak nak”… Fatin Afeefa tegur aktor dakwa dibuli pelakon senior

- Diterbit 20 November 2024 6:00 PM MYT

BARU-baru ini kecoh dalam media sosial tentang isu pelakon baharu yang didakwa telah dibuli.

Susulan itu, pelakon cantik Fatin Afeefa bersuara mengenai kenyataan yang dibuat seorang pelakon baharu yang mendakwa dirinya telah dibuli oleh pelakon senior di set penggambaran.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, pemilik nama Fatin Nur Afifah Shamsudin berpendapat pengalaman yang dirasai pelakon baharu itu bukanlah satu bentuk buli namun sebagai satu teguran diberikan pelakon senior kepadanya.

“(Pelakon itu cakap), ‘Bila rehearsal dialog lain, bila mula berlakon, tukar dialog lain. Jadi, budak baru tak boleh jawab’.

“Itu buli? Skrip itu sekadar hafal tapi tak study skrip betul betul, memang tak akan boleh nak jawab. Belajar terima teguran.

“Itu yang orang ‘complain’ berlakon kayu dan keras,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, Fatin Afeefa juga berharap pelakon tersebut sentiasa belajar dan memperbaiki kelemahan diri dari semasa ke semasa.

“Penerbit tak bayar awak untuk bazirkan masa semua orang. Belajar, belajar dan belajar.

“Duit nak, ‘fame’ nak tapi belajar tak nak.

“Saya berlakon dari umur saya lapan tahun dan macam-macam manusia dah saya jumpa.

Saya dengar ‘interview’ itu tetapi saya pula yang malu. Apo bro?,” tambahnya lagi.

Terdahulu, timbulnya satu isu mengenai buli yang berlaku dalam kalangan pelakon baru oleh pelakon senior serta kru di set penggambaran. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas