SEORANG pakar politik negara berpandangan dua tahun Kerajaan MADANI telah berjaya mencapai objektif dan komitmen untuk pemulihan Malaysia.
Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Bilcher Bala berkata ia dari segi ekonomi pada tahun 2019 sehingga 2021.
“Sejak tahun 2021 hingga 2024, ada peningkatan yang lebih sejahtera implikasi daripada dasar yang jelas dan efektif di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI.
“Antaranya, kejayaan utama itu ialah pemulihan ekonomi, di mana nilai Ringgit Malaysia mengukuh sebanyak 1.4 peratus berbanding Dolar Amerika Syarikat.
“Ini mencerminkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara (Macrotrends, 2023),” ujar beliau.
Menurut Bilcher penurunan kadar pengangguran dari 4.64 peratus pada tahun 2021 kepada 3.2 peratus setakat September 2024.
Katanya, ini menunjukkan peningkatan dalam peluang pekerjaan dan kestabilan ekonomi (Department of Statistics Malaysia, 2023).
“Menurut rekod Macrotrends (Sumber: https://www.macrotrends.net/global-metrics/countries/MYS/malaysia/unemployment-rate) melaporkan bahawa kadar pengangguran dari 4.60 peratus pada tahun 2021 telah menyusut kepada 3.93 peratus pada tahun 2022.
“Seterusnya 3.85 peratus pada tahun 2023 dan 3.20 peratus pada setakat bulan September 2024” katanya.
Sementara itu, kejayaan dari segi peningkatan daya saing global negara, di mana Malaysia menduduki tangga ke-12 dalam Indeks Daya Saing Global.
Beliau berkata ini menandakan peningkatan dalam kestabilan ekonomi dan daya saing (Trading Economics, 2023).
Tambahnya, dari segi peningkatan kualiti hidup, di mana Malaysia berada di tangga ke-25 dalam Indeks Pembangunan Manusia, mencerminkan peningkatan dalam kualiti hidup rakyat (Trading Economics, 2023). – WILAYAHKU