Berita

DUA PENCUCI MULUT MENYELERAKAN

||
- Diterbit 19 Februari 2022 2:30 AM MYT

PENCUCI mulut merupakan makanan yang akan disajikan setelah menikmati makanan utama.

Kebiasaannya pencuci mulut terdiri daripada minuman mahupun makanan yang segar, manis dan nyaman.

Edisi Wilayahku kali ini kongsikan resipi mudah dengan menggunakan bahan yang ringkas tetapi mampu membuat air liur anda meleleh.

Tunggu apa lagi? Sajikan resipi pencuci mulut ini kepada keluarga ataupun tetamu anda. Selamat mencuba!

NUTELLA BITES

BAHAN-BAHAN

1 paket roti paratha (5 keping)

Nutella

CARA PENYEDIAAN

  1. Gunakan cawan untuk tekap bulatan pada setiap paratha dan potong dua jadikan separuh bulatan.
  2. Sudukan sedikit nutella di tengah-tengah dan picitkan paratha di bahagian yang lurus sampai tertutup.
  3. Biarkan bahagian melengkung terbuka nampakkan isi nutella.
  4. Susunkan rapat-rapat setiap paratha berisi nutella agar membentuk seperti jambangan bunga.
  5. Bakar pada suhu 180 °C selama 30-40 minit atau sehingga paratha masak.

MANGO BISCUIT ICE CREAM

BAHAN-BAHAN

Mangga

Whipping cream

Susu pekat

Biskut

CARA PENYEDIAAN

  1. Mula-mula potong dadu mangga. Ketepikan.
  2. Dalam bekas pukul whipping cream sampai kental.
  3. Tuang susu pekat dan kacau sehingga sebati.
  4. Susun biskut dalam bekas yang beralas plastik.
  5. Tuang sedikit campuran cream dan ratakan.
  6. Tabur potongan mangga.
  7. Susun lagi biskut di atasnya dan ulang semula langkah di atas.
  8. Untuk topping pula, taburkan potongan mangga pada lapisan cream yang terakhir dan terus bekukan.
  9. Cairkn filling mangga dan tuang atasnya.
  10. Sedia untuk dinikmati.
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas