Berita

DNC inovasi buat pengguna platform digital

- Diterbit 5 Mac 2025 3:08 PM MYT

KOPERASI Usahawan Multimedia Berhad (KMedia) melakar sejarah baharu menerusi pelancaran Digital Network Card (DNC).

Menurut Pengerusinya, Mohamed Zulkarnain Bin Mohamed, DNC yang dikendalikan oleh KMediaBizzHub itu dihasilkan sebagai satu inisiatif dan inovatif yang bakal mengubah cara setiap individu untuk berhubung dalam dunia digital.

PENGERUSI Koperasi Usahawan Multimedia Berhad (KMedia), Zulkarnain  Mohamed

Kata Zulkarnain, inovasi itu turut mendapat kerjasama daripasa Uniti Madani Entrepreneurship Center (UMEC).

“DNC bukan sekadar kad nama digital. Ia adalah platform digital pintar yang menyimpan semua maklumat penting anda dalam satu tempat, profil profesional, maklumat syarikat, pautan media sosial, portfolio peribadi, dan
banyak lagi.

“Kalau dahulu kita beri kad nama kertas, ada kemungkinan besar ia akan hilang, rosak, atau hanya tersimpan tanpa dimanfaatkan. Dengan DNC, sekali imbas melalui imbasan QR Code atau NFC, semua maklumat dapat diakses
secara serta-merta.

“Jadi tiada lagi kad kertas bertimbun kerana semua maklumat tersedia dalam bentuk digital yang boleh dikemas kini pada bila-bila masa,”katanya.

KOPERASI Usahawan Multimedia Berhad (KMedia) melakar sejarah baharu menerusi pelancaran Digital Network Card (DNC).

Selain itu, jelas Zulkarnain, DNC juga tidak terhad sebagai kad nama digital, tetapi juga satu platform jaringan yang pintar.

“Dengan integrasi teknologi AI, pengguna dapat menemui rakan niaga yang sesuai berdasarkan profil dan minat mereka. Contohnya, katakan anda seorang usahawan dalam bidang fesyen, sistem ini boleh mencadangkan rakan kongsi yang berkaitan dengan logistik, pembekalbahan mentah, atau e-commerce, supaya anda boleh terus menjalinkan kerjasama tanpa membuang masa mencari sendiri.

“Dengan konsep ini, DNC bukan sekadar memperkenalkan anda kepada dunia
digital, tetapi membuka peluang luas untuk kolaborasi dan perkembangan perniagaan,”ujarnya.

Tambah Zulkarnain, KMediaBizzHub juga menyimpan harapan besar menerusi inisiatif ini supaya dapat membantu ramai individu, usahawan, pelajar, profesional, dan organisasi untuk berkembang maju dalam dunia digital yang semakin pantas.

Dalam pada itu, pihaknya juga memperkenalkan
program Members Get Members yang menjadi keunikan dan tarikan.

“Jika pengguna memperkenalkan DNC ini kepada rakan-rakan, sahabat handai, atau kenalan perniagaan, setiap kali mereka mendaftar, mereka akan menerima imbuhan khas.

“Ini bukan sahaja membantu memperluaskan rangkaian pengguna, tetapi juga membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk menjana
pendapatan sampingan,”katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas