PIHAK berkepentingan akan dijemput untuk memberikan maklum balas mereka mengenai draf Rancangan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (RTKL2040) yang dijadualkan bermula pada Januari 2024.
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin berkata deraf RTKL2040 akan dipaparkan kepada umum selama sebulan.
“Deraf Pelan RTKL2040 itu akan diadakan di lokasi awam terpilih dan kompleks kerajaan di seluruh Kuala Lumpur.
“Pada masa ini, persatuan penduduk dan kumpulan berkepentingan lain di Kuala Lumpur boleh mengemukakan mereka bantahan,” katanya.
Azman menambah, sesi pendengaran awam akan diadakan bagi menangani sebarang kebimbangan awam yang dibangkitkan semasa tempoh bantahan.
“Proses ini mungkin dijangka mengambil masa selama tiga bulan, bergantung kepada jumlah bantahan yang diterima oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)” katanya.
Beliau berkata demikian pada taklimat media di Menara DBKL 1 di Jalan Raja Laut, pada Khamis (2 Nov) untuk mengumumkan pewartaan Pelan Struktur Kuala Lumpur (PSKL) 2040.
Sementara itu, Azman menyatakan bahawa Perdana Menteri dijangka melancarkan PSKL 2040 yang dijadualkan pada 23 November ini.
“Buku PSKL2040 akan mula dijual dengan harga RM120 senaskah dan disediakan dengan dua bahasa, Bahasa Melayu dan Inggeris.
“Selain buku berbentuk fizikal, orang ramai turut boleh memuat turun PSKL 2040 melalui laman sesawang yang akan disediakan,” katanya. – WILAYAHKU