Berita

DBKL sita 6 premis kediaaman

- Diterbit 14 Jun 2024 12:03 PM MYT

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur melakukan tindakan sita terhadap enam premis kediaman yang dijadikan tempat penyimpanan sayur dan sebagainya di sekitar Taman Batu View, Kuala Lumpur semalam.

DBKL berkata melalui Jabatan Penguatkuasaan, DBKL melaksanakan Operasi Tindakan Khas pada pukul 4 pagi.

“Dalam operasi kali ini, DBKL telah melakukan sitaan di enam premis kediaman yang telah dijadikan tempat penyimpanan sayur dan sebagainya tanpa mendapatkan perintah pembangunan.

“Tindakan juga diambil dibawah Seksyen 26(1)(a), Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982.

“Kesemua barangan yang disita telah dihantar dan disimpan di setor Jalan Lombong, Cheras, Kuala Lumpur,” katanya dalam satu hantaran di Facebook semalam.

DBKL turut menegaskan, tindakan dan pemantauan akan diteruskan dari masa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenalpasti.

“Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat di pautan http://adukl.dbkl.gov.my/,” ujarnya. – WILAYAHKU.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas