Berita

DBKL laksana 5 tindakan sita

Foto: DBKL
- Diterbit 12 Disember 2024 4:30 PM MYT

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas di pasar sekitar Parlimen Cheras.

DBKL berkata tindakan khas tersebut adalah terhadap kesalahan tidak mempunyai lesen perniagaan dan penjaja warga asing.

“Hasil daripada tindakan tersebut, sebanyak lima notis telah dikeluarkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

“Selain itu, sebanyak lima tindakan sita telah dilakukan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Tambahnya kesemua barangan sita dibawa ke Setor Sitaan Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras, Kuala Lumpur untuk tindakan rekod dan dokumentasi.

“Pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti. Sebarang aduan, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan maklumat dipautan tertera seperti berikut https://adukl.dbkl.gov.my/,” katanya.

Terdahulu, tindakan khas tersebut dilaksanakan DBKL melalui Jabatan Penguatkuasaan bersama Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan serta Pejabat Cawangan Cheras pada 10 Disember lalu. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas