Berita

DBKL diberi tempoh 1 bulan kembalikan Taman Tasik Titiwangsa sebagai pusat riada keluarga

Gambar hiasan
- Diterbit 22 Januari 2024 5:02 PM MYT

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diberi tempoh selama satu bulan bagi memastikan matlamat asal Taman Tasik Titiwangsa sebagai pusat riadah keluarga dapat dikembalikan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustaffa berkata beliau menerima aduan dari penduduk di Taman Tasik Titiwangsa yang melahirkan kebimbangan dengan nasib kawasan perumahan tersebut yang kini dipenuhi dengan penjaja.

ZALIHA (tengah) berbincang dengan pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika melawat Taman Tasik Titiwangsa hari ini.

“Mereka turut mendakwa ada sebilangannya tidak mempunyai lesen perniagaan dan berniaga di sepanjang Jalan Kuantan, Jalan Temerloh dan Jalan Tembeling sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

“Saya telah mengarahkan DBKL untuk membuat pemantauan terhadap kesemua aktiviti perniagaan yang sedang berjalan di kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat bersama DBKL mengenai aduan penduduk Taman Tasik Titiwangsa hari ini.

Ujar Zaliha daripada 109 peniaga, hanya 39 peniaga di Taman Tasik Titiwangsa mempunyai lesen perniagaan yang sah dikeluarkan oleh DBKL.

“Itu merupakan hasil bancian yang dilaksanakan DBKL dan mendapati keseluruhan 69 penjaja statik, food truck, basikal / skuter / tuk tuk tersebut didapati tidak mempunyai lesen perniagaan.

Beliau juga komited untuk melihat semula dasar-dasar yang berkaitan yang menyentuh isu-isu seperti ini, termasuk keperluan meminda Undang-undang Kecil (UUK) yang berkaitan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas