DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (Dewan Bandaraya) memberi jaminan kepada penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang bahawa pihaknya memandang serius isu lif dan bertindak segera untuk memperbaiki kemudahan itu, terutama di Blok D.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, DBKL mengesahkan proses penggantian lif di PPR Desa Rejang sedang dijalankan secara berperingkat oleh kontraktor yang dilantik.
Justeru itu, dua unit lif di Blok D ditutup, dan satu unit diarah diganti, katanya, sambil menambah bahawa ini menyebabkan kekurangan lif operasi di Blok D.
PPR Desa Rejang mempunyai 38 unit lif, 18 daripadanya sedang diganti. Daripada 20 lif yang tinggal, hanya 14 lif yang beroperasi pada masa ini.
DBKL berkata pada 18 Dis lepas, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) menjalankan pemeriksaan di tapak di PPR Desa Rajang berikutan insiden overshoot lif.
Pada 19 Disembet lalu, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif melawat tapak tersebut untuk meninjau keadaan dan bertemu dengan penduduk yang terjejas.
Beliau turut mengambil langkah untuk mempercepatkan proses pemeriksaan lif untuk kelulusan.
“DBKL juga mengambil maklum bahawa berikutan mesyuarat antara Datuk Bandar dan Pengarah JKKP, kontraktor telah mengemukakan permohonan kepada JKKP untuk pemeriksaan unit lif di Blok D, dan pra-pemeriksaan oleh Orang Kompeten akan dijalankan.
“Dewan Bandaraya ingin menegaskan bahawa keselamatan penduduk adalah keutamaan kami. Justeru, DBKL akan terus memantau perkembangan ini dengan teliti dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi jadual kerja yang ditetapkan,” baca kenyataan itu.
DBKL turut menyeru penduduk PA Desa Rejang untuk terus memberi kerjasama dan memahami usaha berterusan untuk menyelesaikan isu tersebut. – WILAYAHKU
[Iklan]