SAMBUTAN Ambang Merdeka 2024 anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Dataran Merdeka pada Jumaat ini dibatalkan.
Pembatalan itu dimaklumkan DBKL di Facebooknya.
Menurut kenyataan itu, DBKL berkata pembatalan itu adalah sebagai menghormati mangsa-mangsa beberapa insiden yang berlaku di sekitar bandar raya Kuala Lumpur baru-baru ini.
“Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan dengan penuh semangat patriotisme,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan kejadian tanah jerlus pada Jumaat lalu yang menyebabkan seorang wanita dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dari Kuppam, Andhra Pradesh, India hilang.
Mangsa dilaporkan terjatuh ke lubang sedalam lapan meter di lokasi itu dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan. – WILAYAHKU