DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengarahkan syarikat telco yang terbabit untuk melaksanakan kerja-kerja membaik pulih penutup lurang yang tular tidak memuaskan.
Menurut DBKL arahan itu dibuat supaya baik pulih dilakukan dengan kadar segera.
“Kerja-kerja menurap telah siap sepenuhnya.
“Terima kasih kepada orang ramai yang telah menyalurkan maklumat kepada DBKL,” katanya di Facebook.
DBKL juga meminta kerjasama semua pihak supaya dapat menjaga kelestarian bandar raya Kuala Lumpur.
Sebelum ini telah tular gambar penutup lurang kepunyaan syarikat telco berada dalam keadaan yang tidak memuaskan. – WILAYAHKU