Berita

Dari Sekijang ke Putrajaya bukan satu proses yang mudah – Zaliha

- Diterbit 5 Oktober 2024 10:15 PM MYT

DARI Sekijang ke Putrajaya bukan satu proses yang mudah dan ia menuntut kebertanggungjawaban yang besar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata kini sudah mencecah dua tahun kemenangannya selaku Ahli Parlimen Sekijang.

Katanya, ini diikuti pula khidmat sebagai Menteri Kesihatan Malaysia dan kini menjawat Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga Wilayah Persekutuan.

“Saya sudah pasti tidak mampu untuk melaksanakan tugasan saya dengan baik tanpa sokongan dan dokongan pasukan yang turut harus memahami tuntutan saya sebagai seorang Ahli Parlimen dan Menteri Persekutuan.

“Justeru pemukiman atau retreat Pejabat Menteri di Kulai, Johor is timely untuk ahli pasukan saya dari pelbagai latar belakang termasuk pemandu, bodyguard, team media, pelaksana hingga ke peringkat pegawai untuk sesi refresing dan recall kenapa mereka berada di sini.

“Retreat ini juga bagi memahami peranan masing-masing dalam memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada rakyat. Dalam masa yang sama membina semangat kerja berpasukan dalam aktiviti-aktiviti realisation dan team bonding,” katanya di Facebook.

Menurut Zaliha lagi tugas yang diamanahkan kepadanya bukan kerja main-main bahkan kerana bertanggungjawab untuk memastikan kestabilan politik.

Beliau berkata dengan demikian akhirnya negara kekal aman dan sejahtera demi kelangsungan kehidupan rakyat tetap terpelihara.

“Saya punya expectation terhadap mereka dan begitu juga mereka punya pengharapan kepada saya.

“Matlamat menentukan cara kita bekerja,” katanya.

Zaliha berharap mudah-mudahan pemukiman ini akan mengajar untuk berdamai dengan takdir.

“Ini kerana menjadi orang-orang yang terpilih untuk berada di sini dan menjiwai kenapa Allah pilih kita untuk berada di sini,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas