Berita

COVID: Kes baharu kembali meningkat cecah 4,446, Selangor tertinggi – KP Kesihatan

Kredit: FB Kementerian Kesihatan Malaysia Kredit: FB Kementerian Kesihatan Malaysia
- Diterbit 17 Mei 2021 9:16 AM MYT

KES baharu COVID-19 kembali menunjukkan peningkatan dalam tempoh 24 jam lepas apabila 4,446 kes direkodkan hari ini berbanding 3,780 kes semalam.

Tambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kes positif keseluruhan di Malaysia kini 474,556 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitternya berkata dalam tempoh itu, Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 1,650 kes diikuti  Sarawak (433) dan Johor (391).

Kelantan merekodkan 343 kes diikuti Kuala Lumpur (297), Negeri Sembilan (243), Kedah (236), Perak (203), Terengganu (201), Pulau Pinang (159), Pahang (139), Melaka (80), Sabah (60), Putrajaya (11) manakala Labuan dan Perlis masing-masing tidak merekodkan sebarang kes baharu. — BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas