Berita

COVID: 7,703 kes baharu dilaporkan hari ini – KP Kesihatan

KETUA Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif 587,165 kes direkodkan setakat ini. Kredit foto: CPRC Kebangsaan
- Diterbit 2 Jun 2021 7:38 AM MYT

JUMLAH kes baharu COVID-19 yang dilapor hari ini tidak banyak berubah apabila mencatatkan 7,703 kes berbanding 7,105 kes semalam, dengan Selangor kekal merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 2,728.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif 587,165 kes direkodkan setakat ini.

Menurut beliau, Kuala Lumpur pula mencatatkan 701 kes, Sarawak (588); Negeri Sembilan (586), Johor (554); Kelantan (541); Pulau Pinang (407); Perak (224) dan Sabah (254).

Selain itu, Melaka mencatat 209 kes; Kedah (283); Terengganu (224); Pahang (237); Labuan (159); Perlis (7) ; manakala di Putrajaya hanya satu kes direkodkan. — BERNAMA 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas