Berita

COVID: 7,654 kes baharu, Selangor catat kes tertinggi – KP Kesihatan

KES baharu COVID-19 hari ini meningkat kepada 7,654 berbanding 6,387 kes semalam, sekali gus menjadikan kumulatif adalah 792,693 kes. Foto - KKM
- Diterbit 6 Julai 2021 8:53 AM MYT

KES baharu COVID-19 yang direkodkan hari ini meningkat kepada 7,654 berbanding 6,387 kes semalam, sekali gus menjadikan kumulatif adalah 792,693 kes.

Menerusi perkongsian di Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan Selangor masih mencatat kes harian tertinggi dengan 3,260 kes diikuti Kuala Lumpur (1,550); Negeri Sembilan (698); Kedah (337); Johor (313); Sarawak (286); Melaka (230) dan Sabah dengan 225 kes.

Pulau Pinang pula mencatatkan 185 kes diikuti Pahang (180); Kelantan (118); Perak (94); Labuan (82); Terengganu (61); Putrajaya (33) dan Perlis dengan dua kes. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas