Berita

COVID: 6,493 kes baharu, Selangor kekal tertinggi – KP Kesihatan

JUMLAH kes harian COVID-19 yang direkodkan hari ini. Kredit foto: FB Kementerian Kesihatan Malaysia
- Diterbit 21 Mei 2021 7:50 AM MYT

KES baharu COVID-19 di Malaysia masih melepasi paras angka 6,000 apabila merekodkan 6,493 kes hari ini, dengan 2,163 daripadanya dilaporkan di Selangor.

Jumlah itu menjadikan Selangor mencatatkan kes harian tertinggi dalam tempoh 24 jam lepas diikuti Kuala Lumpur dengan 641 kes, Sarawak (612), Kelantan (467), Kedah (434), Johor (406), Perak (382), Negeri Sembilan (370), Pulau Pinang (302), Melaka (165), Pahang (161) dan Sabah (144).

Terengganu pula merekodkan 139 kes disusuli Labuan (84), Putrajaya (20) dan Perlis (tiga).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter rasminya memaklumkan keseluruhan kes COVID-19 dalam negara kini berjumlah 498,795. — BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas