Berita

COVID-19: Kes baharu di Indonesia lepasi 40,000, 891 kematian dalam tempoh 24 jam

40,427 kes baharu COVID-19 dicatat menjadikan keseluruhan kes berjumlah 2,567,630. Foto - Twitter @BNPB_Indonesia
- Diterbit 12 Julai 2021 2:44 PM MYT

SITUASI COVID-19 di Indonesia semakin buruk dengan lebih 40,000 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

Menurut data Badan Nasional untuk Pengurusan Bencana (BNPB) melalui Twitternya @BNPB_Indonesia hari ini, sejumlah 40,427 kes baharu dicatat menjadikan keseluruhan kes berjumlah 2,567,630.

Sebanyak 891 kematian direkodkan dari 12 tengah hari Ahad hingga 12 tengah hari Isnin dengan jumlah korban keseluruhan seramai 67,355.

Bermula 3 Julai hingga 20 Julai, kerajaan Indonesia telah memperketat protokol kesihatan berkaitan COVID-19 dengan melaksanakan darurat di pulau Jawa dan Bali.

Jika jumlah kes terus meningkat, Indonesia akan memperluas langkah pencegahan yang menyekat pergerakan dan kontak rapat. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas