Berita

COVID-19: Beberapa petugas PPZ-MAIWP disahkan positif

Coronavirus virus outbreak and coronaviruses influenza background as dangerous flu strain cases as a pandemic medical health risk concept with disease cells as a 3D render
- Diterbit 13 Oktober 2020 7:22 AM MYT

BEBERAPA petugas Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) disahkan positif COVID-19.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP Ahmad Shukri Yusoff, yang berkata semua petugas PPZ-MAIWP telah diarahkan menjalani ujian saringan dan diletakkan di bawah pengawasan kuarantin, sebagai tindakan pencegahan dan kawalan.

“PPZ-MAIWP juga sedang bekerjasama dengan pihak KKM (Kementerian Kesihatan) dalam usaha untuk mengawal penularan bagi memastikan kesihatan dan keselamatan kakitangan PPZ-MAIWP dan orang awam terjamin.

“Pelaksanaan kerja-kerja sanitasi bagi mencegah penularan wabak COVID-19 di semua premis PPZ-MAIWP juga telah dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, Ahmad Shukri berkata PPZ-MAIWP dijangka beroperasi semula pada 28 Okt ini.

Sebarang pembayaran zakat boleh dibuat melalui saluran portal rasmi www.zakat.com.my dan juga perbankan internet. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas