Berita

COVID: 17,405 kes baharu harian tertinggi

JUMLAH kumulatif kes COVID-19 negara kini meningkat kepada 1,061,476. Kredit foto: CPRC Kebangsaan
- Diterbit 28 Julai 2021 10:28 AM MYT

KES baharu COVID-19 hari ini melonjak kepada 17,405 kes dalam tempoh 24 jam lepas, tertinggi sejak pandemik melanda negara.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di Twitter memaklumkan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara kini meningkat kepada 1,061,476.

Pada  25 Julai, Malaysia merekodkan 17,045 kes jangkitan baharu wabak itu.

Selangor mencatatkan kes baharu tertinggi dengan 7,171 kes diikuti Kuala Lumpur (2,880), Kedah (1,112), Sabah (913) dan Negeri Sembilan (863).

Johor pula merekodkan 767 kes, Pulau Pinang (760), Kelantan (532), Melaka (531), Terengganu (490), Sarawak (464), Pahang (429), Perak (406), Putrajaya (68), Labuan (16) manakala Perlis tiga kes. — BERNAMA

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas