Biz

Cherry Mart bantu mangsa banjir, sokong pembangunan sekolah tahfiz

barangan basah turut diagihkan kepada madrasah dan sekolah tahfiz yang terpilih sebagai sekolah angkat.|USTAZ Hanafiah turut hadir memeriahkan majlis pelancaran pembukaan Cherry Mart di Kajang
- Diterbit 9 Januari 2022 5:22 AM MYT

TIDAK fokus kepada keuntungan semata-mata, usaha pasar raya Cherry Mart menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di beberapa buah negeri yang dilanda banjir mendapat pujian ramai.

Menurut Pengurus Cherry Mart cawangan Kajang, Selangor, Hasrul Hisham, bantuan yang diberikan itu adalah tanda keprihatinan pasar raya itu terhadap kesukaran yang hidup yang dihadapi masyarakat.

“Bersempena pra-pembukaan Cherry Mart juga, kami telah memperkenalkan promosi RM 1.97 untuk setengah ekor ayam segar bermula 21 hingga 23 Disember lalu bagi sama-sama membantu mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dan musibah banjir.

“Bukan itu sahaja, Cherry Mart tidak lupa membekalkan air mineral ke kawasan-kawasan yang terjejas” katanya ketika ditemui pada sidang Media sempena pembukaan cawangan Cherry Mart di Kajang, baru-baru ini.

SELAIN membantu mangsa-mangsa banjir, barangan basah turut diagihkan kepada madrasah dan sekolah tahfiz yang terpilih sebagai sekolah angkat.

Pendakwah bebas Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek turut hadir sebagai tetamu jemputan pada majlis pelancaran tersebut.

Menurut Hasrul, pasar raya yang menjanjikan persekitaran yang selesa dan harga yang berpatutan itu turut mengetengahkan konsep ‘membeli sambil berinfaq’.

“Melalui konsep ini, pada hari tertentu barangan basah akan diagihkan kepada madrasah dan sekolah tahfiz yang terpilih sebagai sekolah angkat.

“Bukan itu sahaja, ketika ribuan syarikat terpaksa menutup perniagaan, Cherry Mart berharap kehadirannya dalam industri peruncitan negara akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada semua tidak kira latar bangsa dan agama sekaligus membantu merancakkan kembali ekonomi negara.

“Bagi yang berminat membuka cawangan francais Cherry Mart, modal permulaan sekitar RM500,000 bergantung kepada keluasan lot kedai. Lokasi komersil dan strategik menjadi sasaran kami, kecuali pusat membeli-belah,” jelasnya yang menyasarkan untuk membuka 10 lagi cawangan Cherry Mart pada tahun ini.

USTAZ Hanafiah turut hadir memeriahkan majlis pelancaran pembukaan Cherry Mart di Kajang, Selangor.

Cherry Mart merupakan pasar raya yang berkonsepkan pasar basah, kombinasi dengan cita rasa kampung berhawa dingin itu menjual pelbagai makanan laut segar, termasuk daging dan ayam halal dengan proses penyembelihan syarak, termasuk sayur-sayuran yang segar dari ladang.

“Berdasarkan maklum balas pelanggan, Cherry Mart cukup unik kerana ia turut menawarkan barangan untuk masakan Thailand dan pantai timur yang cukup digemari rakyat Malaysia,” ujarnya lagi.

Penasihat Syarikat Cherry Mart, Abu Talib Husin.

Bagi penduduk sekitar Bangi, Kajang, Cheras, Putrajaya, Cyberjaya, Sepang dan Nilai boleh mendapatkan khidmat penghantaran ini bermula 15 Januari ini, menerusi laman sesawang www.cherrymart.com.my atau boleh hubungi 017-7897787.

ANTARA yang dijual di Cherry Mart

Cawangan terbaru Cherry Mart yang terletak di Taman Putra, Kajang, Selangor turut memberi peluang kepada usahawan kecil yang mengeluarkan produk Industri Kecil Sederhana (IKS) untuk terus berkembang.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari Facebook: Cherry Mart atau Instagram @cherrymartmalaysia. – WILAYAHKU

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas