AKTRES jelita Nora Danish mengakui terpesona dengan kecantikan yang dimiliki penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Menurut Nora, bukan sahaja terpegun dengan kecantikan Siti, malah keperibadian pelantun lagu Magis itu menjadi inspirasi buatnya.
“Sumpah muka Kak Iti (panggilan Siti) like a baby dan like so small besar tapak tangan saya.
“Seorang yang lemah lembut dan merendah diri. Memang sumber inspirasi. Saya sangat in love (terpersona). Tak make up pun dah cantik macam bidadari,” luahnya.

Nora berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram Story.
Hantaran tersebut memaparkan gambar Nora dan Siti yang diambil ketika mereka bertemu di majlis sumbangan daripada Inayah Beauty kepada Yayasan Nurjiwa di CTDK Holdings Sdn Bhd.
Selain Siti dan Nora, selebriti lain yang turut hadir ialah Fasha Sandha dan Abby Abadi.
Yayasan Nurjiwa menerima sumbangan RM500,000 daripada syarikat Inayah Beauty yang akan disalurkan kepada 2,500 keluarga di Gaza, Palestin. – WILAYAHKU