Berita

Bukan imej kes mpox tetapi mangsa kecederaan peluru tabur – KKM

- Diterbit 21 Ogos 2024 11:00 AM MYT

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan bahawa mpox atau cacar monyet merebak di Singapura berhubung satu imej yang tular di aplikasi WhatsApp.

KKM memaklumkan perkara tersebut di dalam satu hantaran di Facebook.

KKM berkata pihaknya telah mengesan berita tidak benar yang tular di aplikasi WhatsApp mengenai dakwaan mpox kini merebak di Singapura.

“Imej yang ditularkan bukan imej kes mpox tetapi merupakan imej mangsa kecederaan peluru tabur dalam artikel berita daripada satu laman sesawang luar negara pada 17 September 2022.

“Usah terpedaya dengan mesej yang disampaikan. Elakkan juga daripada berkongsi mesej ini kepada ahli keluarga atau ‘groupchat’ yang lain,” katanya.

KKM turut menasihati orang ramai agar merujuk sumber rasmi sahaja di platform media sosial KKM iaitu Facebook, Instagram ataupun aplikasi X. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas