TANPA ragu-ragu, Pearl Kuala Lumpur mengesahkan dapur restoran hotel itu bagi bufet Ramadan tahun ini telah mendapat sijil halal mengikut konsep syariah Islam oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Hotel itu dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sentiasa mengambil berat tentang isu halal yang menjadi keutamaan di kalangan pengunjung Muslim untuk menikmati juadah selain menyediakan surau selesa untuk tetamu menunaikan solat Maghrib dan solat terawih.
“Status halal merupakan keutamaan khususnya bagi masyarakat Muslim untuk menjamu selera di mana-mana restoran di mana dapur hestoran kami telah pun disahkan halal mengikut konsep syariah Islam oleh Jakim.
“Selain daripada juadah berbuka puasa yang indah, kami juga menyediaka surau disediakan di tingkat lapan hotel untuk para tetamu menunaikan solat Maghrib dan tarawih dengan tenang.
“Kami juga turut menjemput imam bagi mengetuai Solat Tarawih sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini,” kata hotel empat bintang itu dalam kenyataan tersebut.
Mengulas lanjut, The Pearl Kuala Lumpur memberitahu memilih tema Bufet Ramadan yang menyajikan pelbagai aneka Gerai Ramadan bagi memberikan pengalaman tetamu seolah-olah berada di Bazar Ramadan.
Antara Gerai Bufet Ramadan yang disediakan ialah Gerai BBQ, Gerai Satay Kajang, Gerai Kawah, Gerai Sup Berapi, Gerai Aneka Goreng, Gerai Sup Penang, Gerai Lemang Tok Wan, Gerai Bakar, Gerai Murtabak, Roti John dan Roti Canai serta Gerai Jagung Kukus Sekinchan.
“Bermula 14 Mac hingga 7 April depan, kami mempersembahkan Sajian Warisan Nusantara yang merupakan sebuah sajian hidangan unik berasaskan sajian warisan turun temurun dari generasi ke generasi.
“Pasukan cef kami akan menghasilkan lebih dari 100 pilihan masakan tempatan yang istimewa dan pastinya memikat selera, di samping hidangan Resipi Klasik Melayu selain menyajikan Resipi Sajian Eropah, Resipi Sajian Klasik India, Resipi Sajian Arab dan Mediterranean serta Resipi Sajian Klasik Cina,” katanya.
Sementara itu, bagi setiap pembelian baucar Bufet, Ramadan tetamu layak untuk tersenarai bagi acara cabutan bertuah kami yang menawarkan pelbagai hadiah menarik dengan hadiah utama RM5,000. – WILAYAHKU