Berita

“Bersama raikan perpaduan rakyat penuh keindahan” – Saifuddin

- Diterbit 29 Januari 2025 7:10 PM MYT

MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berharap perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini akan membawa kegembiraan, kesejahteraan, dan kemakmuran kepada semua.

“Di musim perayaan ini, marilah kita saling menziarahi keluarga, sanak saudara, dan rakan taulan tanpa mengira bangsa.

“Bersama-sama, kita raikan keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia yang penuh keindahan,” katanya di Facebook.

Saifuddin berharap rakyat yang pulang ke kampung halaman atau bercuti, memandu dengan cermat dan mengutamakan keselamatan di mana sahaja berada.

“Keselamatan kita adalah tanggungjawab bersama. Gong Xi Fa Cai,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas