KERAJAAN memaklumkan bercadang bagi menaikkan kadar Cukai Perkhidmatan kepada lapan peratus ketimbang enam peratus.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata walau bagaimanapun, agar tidak membebankan rakyat, peningkatan itu tidak termasuk perkhidmatan seperti makanan dan minuman serta telekomunikasi.
“Kerajaan juga akan meluaskan skop perkhidmatan bercukai meliputi perkhidmatan logistik, pembrokeran, penajajaminan dan karaoke,” katanya ketika Pembentangan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Parlimen pada Jumaat. – WILAYAHKU – SYED HAZIQUE