Berita

Belanjawan 2024 diluluskan di peringkat dasar

Kredit foto: Kosmo
- Diterbit 2 November 2023 1:29 PM MYT

DEWAN Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2024 (Belanjawan 2024), selepas ia selesai dibahaskan di peringkat dasar hari ini.

RUU Perbekalan 2024 itu diluluskan menerusi undian suara ketika sesi mesyuarat dipengerusikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Sesi undian dibuat sejurus penggulungan perbahasan RUU Perbekalan 2024 peringkat dasar oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada jam 6.50 petang.

RUU Perbekalan 2024 adalah belanjawan kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Seramai 85 Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam sesi perbahasan RUU Perbekalan 2024 peringkat dasar, bermula 16 Oktober lalu dan disusuli penggulungan selama empat hari mulai 30 Oktober lalu.- WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas