Berita

Bekas penerbit, wartawan veteran Nas Ahmad meninggal dunia

- Diterbit 1 Mei 2025 1:05 PM MYT

WARTAWAN veteran dan bekas penerbit program hiburan Melodi (TV3), Nas Ahmad, 65, meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh (HSB) akibat kekurangan oksigen kira-kira jam 9.49 pagi tadi.

Berita kematiannya dikongsikan ahli keluarga Allahyarham menerusi panggilan kepada media.

Terdahulu, Allahyarham dikejarkan ke hospital semalam selepas mengalami masalah kekurangan oksigen.

Beliau sebelum ini mengalami masalah jantung sejak Januari 2023, selain menanggung masalah katarak yang menyebabkan beliau sukar bekerja.

Nama Nas Ahmad terpahat dalam industri seni tanah air bukan sahaja sebagai penulis berita hiburan popular tetapi Allahyarham semasa hayatnya turut giat memperjuangkan kebajikan artis dan pengamal seni.- WILAYAHKU

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas