Berita

Bekas Ketua Pengarah MAMPU meninggal dunia

KREDIT foto: BERNAMA.
- Diterbit 24 Disember 2023 4:35 PM MYT

BEKAS Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Datuk Dr Mohd Nor Abdul Ghani meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri di sini pada 4.15 petang semalam.

Anak Allahyarham, Anuar Mohd Nor yang mengesahkan perkara itu berkata bapanya telah dimasukkan ke hospital berkenaan untuk menjalani rawatan ulser perut pada Selasa lepas.

“Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Klang Gate pada 11.30 pagi tadi yang dihadiri saudara-mara dan rakan-rakan yang memberikan penghormatan terakhir,” katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp di sini hari ini.

Mohd Nor, 86, pernah menyandang jawatan Ketua Setiausaha di Kementerian Penerangan dan Kementerian Pengangkutan masing-masing pada 1986 dan 1992.

Allahyarham turut menjadi Ahli Lembaga Pengurusan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) antara 1987 hingga 1990. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas