Ramadan Anjung Selera Durian Tunjong di sini, telah diarah tutup sementara selama dua hari bermula hari ini bagi kerja-kerja sanitasi awam.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr Fary Akmal Osman berkata, penutupan itu dilakukan bagi kerja-kerja sanitasi di lokasi bazar berkenaan.
Katanya, ia susulan terdapat kes positif COVID-19 yang mengunjungi bazar berkenaan pada 26 dan 27 April lalu.” Sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT), PL akan bekerjasama dengan semua pihak dalam memastikan operasi bazar Ramadan di Labuan sentiasa selamat dan berjalan lancar.
” Saya meyeru agar peniaga dan pengunjung sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan,” katanya kepada WilayahKu.
Jelasnya, pihaknya telah mengeluarkan notis penutupan bazar Ramadan itu setelah mendapat makluman daripada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Labuan.
” Unit Kesihatan PL akan melaksanakan kerja-kerja sanitasi di kesemua lokasi bazar Ramadan secara kerap bagi memastikan kawasan itu sentiasa selamat dan dapat beroperasi demi kelangsungan hidup peniaga yang semuanya warga tempatan, katanya. – KHAIRUL IDIN -WILAYAHKU
