Berita

Bapa Azharina Meninggal Dunia

- Diterbit 18 Julai 2024 10:00 PM MYT

BAPA kepa penyanyi Azharina Azhar, Azhar M.Y Ahmad meninggal dunia kira-kira jam 1.59 petang tadi di sebuah hospital di Kota Kinabalu, Sabah.

Azharina yang berada di Padang, Indonesia berkata, dia dimaklumkan oleh adiknya mengenai khabar duka itu.

“Saya akan menaiki penerbangan jam 5.30 petang ke Kuala Lumpur sebelum terus mengambil pesawat ke Kota Kinabalu dan dijangka sampai jam 9 malam lebih.

“Saya sudah minta keluarga uruskan pengebumian abah dengan segera dan saya reda dengan ketentuan ini.

“Doakan saya kuat dan saya yakin abah bersama dengan kekasih Allah,” katanya.

Azharina turut berkongsi berita sedih itu melalui media sosial miliknya.

Difahamkan, arwah bapanya mempunyai masalah penyakit jantung dan pernah melakukan pembedahan sebelum ini.

Azharina berlepas ke Padang semalam menemani bapa saudaranya untuk satu urusan. – WILAYAHKU

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas