PERSONALITI media sosial dan usahawan popular, Khairul Aming ketika ini berada di negeri Kelantan untuk menghulurkan bantuan susulan bencana banjir.
Menerusi beberapa hantaran video yang dimuat naik di TikTok dan Instagramnya, Khairul Aming atau nama lengkapnya Khairul Aming Kamarulzaman bersama pasukannya memasak dan menyiapkan makanan untuk mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara.
Menjengah ke ruangan komen di TikTok, rata-rata warganet kagum dengan usaha murni usahawan itu yang dilihat bukan sahaja bermurah hati membantu, malah strategi dan pelaksanaan yang dilakukan begitu teliti dan teratur.
“KA menunjukkan pentingnya pendidikan. Macam-macam idea, strategi yang Tim dia susun,” luah Noomie.
“Itu pentingnya pendidikan, sistematik kerja. Terbaik KA,” tulis Nuhas44
“Bagus ler KA ni, plan management superrb,” komen Ain Ernie.
“”Bilamana orang hebat bekerja mesti dalam sistematik. Tahniah KA anda menaikkan martabat pemuda dan wajar dijadikan contoh,” ujar c.h.k.
“Engineer at work. Problems solving skills. Semoga Allah permudahkan,” tulis Jessycheme. – WILAYAHKU